FOLLOW ME

Kompang Dipaluuuuuuuuu

Salam.


So macam biasa, ni entry yang tertunggak. Berkurun dalam draft tapi malas nak update. Maaf malas tu memang jadi nama kedua. By the way pengantin baru tu bukanlah ditujukan kepada diri sendiri tapi buat sahabat ku Zulaikha. 

Sebenarnya, dapat jemputan  dah lama, tapi macam berbelah bahagi nak pi ke tak mau. Biasalah mana seronok plan awal-awal takdak element of surprise. macamlah diri tu penting sangat asyik-asyik surprise. Plus date tu jatuh hari yang sama nak balik Seremban. Tapi last-last pi jugak. Mana boleh lepas moment2 penting macam ni. Zu  ni sebenarnya kawan sekelas waktu sekolah menengah. Very the tua you know cakap pasal sekolah menengah. so antara ramai-ramai Zu yang kawen dulu. Alhamdulillah. Nak tau dak benda apa yang teruk? Kalau takmau tau pun nak bagitau jugak. Biasalah saya yang tulis blog ni. Haruslah kena ikut apa yang saya nak. Aku lupa nak tanya siapa nama husband Zuuu*facepalms*. So pagi tu bertolak dari rumah dengan kereta aimi. dapatlah jumpa ain jugak. Rumah je dekat-dekat, nak jumpa punyala payah. Masing-masing kena buat appointment. So alang-alang berjumpa, ayuhlah we rock it. Memang bising betul kereta sepanjang nak pi rumah Zu. Oh ya terlupa. Kami pi dua buah kereta. Satu lagi Faizah yang drive. Boleh tahan jauh okay rumah zu. 

Sampai2 je rumah zu nampak dah sekelompok kawan-kawan. Haruslah aku serbu. Waktu ni lah nak salam peluk cium laga-laga pipi. Seronok masing-masing dapat jumpa. dapat jumpa geng-geng gosip dalam kelas. Rindu tau. 
haaa ni laaa geng gosip tu. aney, che ta, jawadiyyah, alya su

Selalu kena aim dengan cikgu okay. Bukan sebab jahat, tapi sebab suka sembang. Pantang lepa semua jadi cerita. Selalu kena ayat-ayat menusuk kalbu dari Affan tapi tidak kami peduli. Kami mampu menangkis semua jelingan-jelingan dan amaran-amaran keras. Tapi jangan main-main sebab sekarang semua dah hebat-hebat.
haa ni lah zu. tahniah zu. selamat pengantin baru. entah mana gambar suami dia.

ni pulak geng sekepala waktu kat sekolah menengah, ain, che ta, aimi
Dulu before naik form 4, aku pernah menangis okay sebab kononnya aimi nak kena pindah sekolah. Nasib baik tak jadi. Semoga aimi lupa yang aku pernah menangis sebab dia. Ain pulak roommate waktu sekolah. 
bagilah gambar yang sopan sikit.

ni baru ada gambar suami zu. sumpah aku taktau nama dia. busy tak sempat nak tanya. menempel kat pelamin orang lain . tunggu pelamin sendiri entah bilakan tiba.


kawan-kawan sekolah yang sempat join wedding ni. lelaki ada je, tapi seganla nak bergambar sekali. tak boleh nak posing ala2 kardashians la.

masing-masing excited

sorry handbag i lagi penting

paling sayang

ni waktu solemnization kot. waktu ni aku pun belum sampai lagi.

 Buat Zu, Semoga menjadi isteri terbaik buat sang suami. Rebutlah pahala menjadi seorang isteri tanpa melupakan kedua orang tuamu. Bila dapat baby nanti, jangan lupa letak nama Najwa. Kalau ragu-ragu, tengok balik semua gambar-gambar kat atas. Comel kan? Buat teman-teman seperjuangan yang lain, semoga ukhuwah yang terjalin lebih erat dan sama-ama mampu melihat kebahagiaan masing-masing.



Okay next siapa pulak yang nak kahwin? Yang pasti bukanlah diriku.





Love,
wawa

MAJLIS ANUGERAH DEKAN




salam.

Tu tajuk nak eksyen ja. Ni serious. Dahla jarang-jarang boleh dapat pun. Sekali dapat tu haruslah masuk dalam blog. 4 semester belajar baru 3 kali dapat anugerah. Memang babai la nak dapat ANC. eh tapi takpa aku redha *lap air mata*





Anyway aku tak ingat pun bila majlis ni. rRasanya minggu ketiga. tapi yang pasti hari Jumaat la. kejap lagi dah halfway kalau aku ingat aku bagitau la. kalau aku ingat la. Jngan expect lebih-lebih okay. Before nak pi event tu memang aku kosongkan gila perut aku kot. Kononnya nak makan situ puas-puas. Event start pukul 3 sebab tunggu students lelaki dulu kan habis solat so bolehla aku berlenggang kangkong bersiap. boleh la nak rasa tempek foundation sikit, lipstick skit. ok that's it. so aku habis bersiap semua around 2.30 pm then terus gerak pi tempat tu. Excited sangat kan pi awal merasa la langut sampai berjanggut kat situ.

terima kasih untuk filter terhebat


ni time dalam kereta. so housemates aku 4 orang yang join events ni. merasa la sorang sikit.  lepas tu pi daftar dia cakap aku number 9. aku redo okay. macam biasa la start event menyanyi lagu negaraku dengan lagu wawasan setia warga UITM. come on UITM kot, mana bleh lari dengan lagu tu kan. lepas tu ada ucapan dari dekan dengan sapa lagi entah. sorry i couldn't remember. ni la sebab orang kata jangan dok peram cerita lama-lama.

lepas habis semua ucapan tu, commitees memamg dah panggil untuk line up dah. start ja dari situ memang aku dok berdoa ja jangan la jadi benda pelik-pelik kat aku. kalau la nak jadi cerita tiba-tiba aku terjatuh depan tu, memang aku takkan join semua event uitm. tak tau la penyakit apa entah suka jatuh. time aku kena naik stage tu rasana macam tak dak gambar. eeei nanti kalau ada aku letak. malas nak cari. lol. seriuosly entry ni dah lama aku buat. dari awal sem lagi kot. sekarang ni nak update pun aku dah tak ingat sequences dah. tengok je la gambar. nanti ada apa aku nak selit, aku tulis la nanti.



susah payah sepanjang satu sem hanya dibayar dengan seketul bunga ros. tulis macam ni sat lagi orang dok kata tak tau bersyukur pulak. dakkkkk kami bersyukur tapi bagi la dua ketoi.


tengah seronok bergambar terjumpa miss farah pulak. nasib baik tau miss bagi A sem ni.


Tuhan ja yang tau betapa berpeluhnya waktu ni. dengan panas terik tetap gigih nak ambik gambar. alasan depa bukan selalu nak join majlis ni. suka sangat menipu, setiap sem depa join. muka aku yang jarang-jarang join.


demi sekeping gambar, telah ku rembat belon-belon prop event. maafkanlah diriku ini memandangkan begitu jarang sekali dapat dekan.


 maaf belum bersedia untuk sekeping gambar.


 ohh tidak lupa juga kepada lelaki ini. kerana beliau terselit juga gambar aku dalam student's society club. tidak sia-sia berkawan bersama beliau. inilah kebaikannya. gambar orang lain takdak tapi muncul seketul gambar sendiri. jangan lupa semua movie-movie yang telah dipesan sesungguhnya dialah pen-download movie paling tegar.


ya itulah diriku. bukan seketul besen. maafkan lemak-lemak ni. sukar dikawal walaupun dipujuk berkali-kali.


jika boleh diukur isipadu peluh ketika ini, nescaya ia menyamai bilangan isipadu hujan di negeri perak. silakan semak semula buku geografi.


Perkara yang paling menyedihkan sepanjang program ni ialah makanan. spaghetti bologneese cair berserta nuget-nuget keras. lupakah mereka bukan semua pelajar mempunyai gigi yang cantik lantas harus menggunakan khidmat braces? betapa azabnya diriku demi mengisi perut ini. Sudahlah. aku hampir ketandusan perkataan. till my next entry.


much love,
 wawa